Catatan

SIRI 7: SELAWAT, ISTIGHFAR, ZIKIR DAN DOA AMALAN HARIAN KITA. ANTARANYA ...

Imej
  SELAWAT, ISTIGHFAR, ZIKIR DAN DOA AMALAN HARIAN KITA. Beberapa contoh ucap SELAWAT, ISTIGHFAR, ZIKIR dan DOA dikongsi di sini.  Jom kita amalkan sebagai amal harian kita dan kita istiqomah dengannya, insyaa Allah. KEMBALI KE SIRI 6: ZIKIR-ZIKIR RINGKAS DAN RINGAN DENGAN GANJARAN PAHALA BESAR .. klik SINI KEMBALI KE SIRI 1: ISTIGHFAR … MOHON KEAMPUNAN .. klik SINI

SIRI 6: ZIKIR-ZIKIR RINGKAS DAN RINGAN DENGAN GANJARAN PAHALA BESAR

Imej
  ZIKIR-ZIKIR RINGKAS DAN RINGAN DENGAN GANJARAN PAHALA BESAR 'Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar solat), pada waktu pagi dan petang'  ( Al-Insaan 76:25 )  'Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)' ( Al-Baqarah 2:152 ) 'Serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)'  ( Al-Jumu'ah 62:10 ) '(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia'  ( Ar-Ra'd 13:28 )   Kembali ke Siri 5, klik SINI Ke Siri 1, klik SINI

SIRI 5: ANAK-ANAK DIWAJIBKAN BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA

Imej
  ANAK-ANAK DIWAJIBKAN BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA 'Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa’ (Al-Isra’ 17:23) Jaga ibu dan ayah bukan sahaja masa mereka sakit tetapi juga masa mereka sihat 'Jagalah ibu bapa kamu, niscaya anak-anak kamu akan menjaga kamu' (Saiyidina Ali bin Abi Thalib r.a.) Sesibuk mana sekalipun kita, jangan lupa, jangan abaikan mereka. Doakan kesejahtaeraan mereka. Doakan keampunan mereka di hari hitungan amal.  Mak ayah menunggu kepulangan kita di hari-hari perayaan. Kalau kita tak boleh atau tak dapat balik, hubungilah mereka.  Sekarang ini, sistem komunikasi yang memudahkan kita untuk berhubung. Bertanyakan khabar, berkongsi rasa kerinduan kita kepada mereka dan berbagai lagi. Sekiranya mak ayah sudah tiada lagi, meninggal dunia, kita masih boleh berbakti kepada mereka .. lihat keterangan poster. Sila tonton video yang disertakan bersama. Ke Siri 4: klik di sini